Khamis, 15 Julai 2010

Apartment Kenanga





  1. Apartment Kenanga mempunyai pelbagai kemudahan seperti perhentian bas , masjid, pejabat pos, dan juga klinik 1 Malaysia yang baru dibina pada tahun ini (2010).
  2. Apartment Kenanga juga adalah apartment yang lama di kawasan Taman Bunga.
  3. Apartment Kenanga juga berhampiran dengan Sekolah di Taman Bunga Raya.
  4. Pada tahun ini (2010) apartment Kenanga telah menjangkau usia 11 tahun di dirikan.

Apartment Teratai





Ia telah dibina oleh syarikat MK -LAND Holdings Sdn. Bhd.

-Apartment Teratai ialah rumah kos rendah,yang mempunyai 3 bilik tidur, ruang tamu, dapur dan 2 bilik air.
-Di Apartment Teratai juga terdapat pelbagai kemudahan seperti kawasan perhentian bas awam, kedai-kedai iaitu kedai-kedai runcit yang menjual pelbagai barangan keperluan, restoran, klinik, taman permainan, dan juga pondok rehat yang disediakan.

-Di Apartment Teratai juga terdapat sekolah rendah agama(swasta)dan juga tabika kemas.
-Rukun tetangga yang juga terdapat di setiap apartment di Taman Bunga Raya.

Info Sekolah




Di Taman Bunga Raya juga terdapat 3 buah sekolah dan 1 buah sekolah lagi masih dibina.
Antara sekolahnya ialah :
- SMK Taman Bunga Raya (1)
- SK Taman Bunga Raya (1)
- Sekolah Rendah Agama Taman Bunga Raya
Di sekolah menengah & rendah juga mempunyai Program Pend. Khas Integrasi .

Pusat Komuniti Taman Bunga Raya





Pengurus untuk tempat ini ialah Encik Ismail b. Md Nor, beliau telah mendirikan tempat ini lebih kurang awal tahun 2010.

Pusat Komuniti Taman Bunga Raya juga berperanan untuk dijadikan sebagai tempat untuk bermesyuarat, berkumpul dan melakukan aktiviti seperti kraf tangan dan lain-lain.

Ia juga merupakan sebuah pejabat untuk memudahkan penduduk Taman Bunga Raya bagi menguruskan sesuatu perkara.

Apartment Dahlia






Rumah di Apartment Dahlia adalah rumah kos rendah yang di bina oleh MK Land Sdn Bhd. Ia mempunyai 3 bilik tidur, 2 bilik air, ruang tamu dan juga dapur.

Apartment Dahlia juga mempunyai deretan kedai-kedai seperti kedai runcit,restoran, dan siber kafe untuk kegunaan penduduk di sini.

Ia juga berhampiran dengan sekolah bagi memudahkan murid-murid pergi ke sekolah .

Pejabat Mk-Land





Pejabat Mk-Land terletak di pintu masuk Taman Bunga Raya. Ditubuhkan untuk pengiklanan perumahan, pengurusan pembelian, penyerahan kunci rumah dan sebagainya.Mk-Land sdn.bhd syarikat yang di miliki oleh Tan Sri Mustapha Kamal.